TikTok Malaysia bersama Ekspo HealWell bantu rakyat Malaysia kekal sihat

Dari Penulis

BUAT julung-julung kalinya TikTok Malaysia menghulur tangan menjalinkan kerjasama dengan Ekspo HealWell bagi membantu rakyat negara ini kekal sihat.

Kerjasama itu dizahirkan dengan penglibatan dalam pameran kesihatan dan kesejahteraan selama dua hari, yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Mac di MAHSA Avenue.

TikTok Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, Ekspo HealWell merupakan pameran kesihatan pertama yang direka khas untuk pelbagai lapisan umur di Malaysia dan masuk adalah percuma.

“Ekspo ini bukan sahaja bertujuan membuang rasa takut terhadap pemeriksaan kesihatan, malah memberikan kesedaran tentang produk penjagaan kesihatan yang terkini di pasaran menerusi aktiviti interaktif.

“Selain itu, ekspo ini juga menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan nasihat penjagaan diri yang diperlukan,” kata kenyataan itu.

Baca : TikTok raikan lebih 200 pencipta ‘content’ tempatan menerusi #HouseOfCreators2022

Kolaborasi bersama syarikat MAKNA, Red Crescent, Lion’s Eye dan Early Autism Project memberi peluang kepada orang awam mendapat saringan kesihatan seperti pemeriksaan mata, gigi, rawatan fisioterapi dan saringan awal demensia.

Saringan perkembangan lewat untuk kanak-kanak, diagnostik percuma seperti ujian paru-paru, ultrabunyi abdomen dan analisis komposisi badan turut disediakan.

Sempena ekspo ini juga, orang ramai dapat menerima maklumat mengenai penjagaan kesihatan menerusi tanda pagar #KekalSihat atau daripada pakar kesihatan di TikTok seperti @rafidah72, @drchampz, @farmasieverlife, @shahrizalredwan, @drsandramd, @drbengee, @drweijian, @charlotte_chew, @dr_ingky dan @dr.samhan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This