Exco Johor, Hairi sah menang Naib Ketua Pemuda UMNO, yakin gabungan terbaik dengan Dr. Akmal

Dari Penulis

HAIRI Mad Shah sah memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, selepas menang tipis ke atas pencabar utamanya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, berkata exco belia, sukan, pembangunan usahawan, koperasi dan sumber manusia Johor itu memperoleh 87 undi, melebihi tiga undi diraih Ikmal.

“Kemenangan bagi Hairi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda hanya ditentukan pada 12 tengah hari tadi apabila keputusan dari bahagian akhirnya semua dapat diperoleh,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Shahrir berkata, keputusan bagi pemilihan jawatan itu belum boleh dimuktamadkan memandangkan terdapat lapan bahagian belum menghantar keputusan undian mereka.

Di peringkat Wanita, katanya, Datuk Seri Noraini Ahmad mempertahankan kedudukannya yang dicabar TAn Sri Shahrizat Jalil, manakala Norliza Abdul Rahim turut mempertahankan jawatannya sebagai naib ketua Wanita.

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, Dr Muhamad Akmal Salleh menang selesa berbanding pencabar terdekatnya, Shahar Abdullah.

BERITA BERKAITAN Dr Akmal menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, kata Asyraf Wajdi

Beliau berkata, Nurul Amal Fauzi memenangi jawatan ketua Puteri, manakala naib ketua sayap itu adalah Siti Sokhleha Nordin.

Hairi dalam kenyataan di Facebooknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Perwakilan Pemuda UMNO di Malaysia keseluruhannya kerana yakin bahawa gandingan beliau bersama Dr Muhamad Akmal selaku Ketua Pemuda adalah sebuah gabungan yang mampu memberikan kehamonian serta perubahan buat Pergerakan Pemuda UMNO.

Katanya, mandat yang diberikan ini amatlah dihargai dan berjanji akan terus berusaha untuk menyampaikan, melaksanakan dan apa juga yang termampu sepenuh jiwa raga untuk diberikan kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan parti keramat tersebut.

“Yang menang, bukan menang semua dan yang kalah, tidak kalah semua. Sebagaimana yang dituntut didalam agama kita bahawa Islam membentuk kita supaya menjadi umat yang yang bersatu dan bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, sebarang bentuk perpecahan hendaklah kita tangani dengan sebaiknya,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This