Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat Nambazan di Penampang.

Tiga lelaki berusia 17 hingga 58 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat Nambazan di Penampang, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim dalam kenyataan berkata kejadian pada 11.10 malam itu berlaku apabila sebuah kereta dipandu melawan arus dan memasuki lorong bertentangan sehingga menyebabkan pertembungan dengan sebuah lagi kereta.

Katanya kedua-dua kenderaan terbabit iaitu jenis Naza Kia dan Perodua Myvi rosak teruk pada bahagian hadapan. 

Beliau berkata ketiga-tiga individu itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami cedera ringan.

Baca : Penunggang motosikal maut langgar Saga

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

— BERNAMA

Monday , 13 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram