Gagal penuhi syarat kontrak penerbitan, Awesome TV terpaksa failkan tuntutan caj kelewatan bahan siaran berjumlah RM162 juta terhadap Ayu Puteh

Dari Penulis

PIHAK penyiar stesen televisyen Awesome TV merujuk kepada kenyataan Datuk Ayu Puteh pada 10 Mac bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV baru-baru ini selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran.

Pihak Awesome TV ingin menjelaskan bahawa mereka telah terlebih dahulu memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran terhadap syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000 pada Januari lalu.

“Ini susulan kegagalan pihak Ayu untuk memenuhi syarat kontrak penerbitan sebuah drama bersiri bertajuk Di Sebalik Dia berjumlah 28 episod bersama Awesome TV.

“Syarikat Datuk Ayu iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd telah hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub di dalam kontrak bersama,” katanya.

Dua lagi episod gagal disempurnakan pihak Ayu dan kesemua 26 episod yang disiapkan dihantar lewat kepada pihak Awesome TV dan tidak mengikut tarikh yang dipersetujui.

“Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Awesome TV yang terpaksa membuat penjadualan semula program secara drastik.

“Kelewatan pihak Ayu juga telah mengakibatkan pelbagai komplikasi dengan pihak pengiklan Awesome TV,” jelasnya.

Justeru, Awesome TV tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Pencil Pictures Sdn Bhd pada Januari mengikut terma kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak Awesome TV kini menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada proses perundangan untuk tindakan selanjutnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This