POLIS menahan seorang penganggur selepas bertindak membaling alat kawalan jauh televisyen ke dahi bapa sehingga cedera.
Kejadian berlaku di sebuah rumah dekat Taman Bukit Teratai, Kuala Lumpur, 7.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, perselisihan faham berlaku selepas suspek tidak membenarkan bapa menonton televisyen dengan suara yang kuat.
“Mangsa berusia 74 tahun telah menerima rawatan di Hospital Ampang dan mengalami kecederaan tisu pada dahi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Lelaki ugut bunuh keluarga kekasih selepas bertengkar dengan bekas isteri
Jelasnya, suspek berusia 41 tahun telah ditahan pada pukul 2.20 petang dan semakan mendapati tidak mempunyai rekod lampau serta bebas dadah.
Katanya, turut dirampas satu unit alat kawalan jauh dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

