Prinsipnya jelas, walau apa ujian yang melanda, lalui segalanya dengan penuh kesyukuran dan buat yang terbaik agar tiada sebarang penyesalan di kemudian hari. Pertemuan Wanita bersama ibu berdikari, Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan cukup memberi inspirasi.
Sentiasa bersangka baik atas ujian yang diberikan kepadanya, ulas pempengaruh media sosial ini, setiap kisah yang dilalui dicoretkan kembali di media sosial agar dapat memberi manfaat kepada pengikutnya terutama kaum wanita. Malah sering berkongsi keajaiban solat Tahajud, katanya Allah SWT akan memberikan sesuatu tepat pada waktunya dalam keadaan yang di luar jangkaan. Percayalah, kisah yang diceritakan ini cukup magis dan tak terjangkau dek akal.
Ikuti temubual menarik perkongsian Dzuriasikim akan kebangkitannya selepas diuji dengan pelbagai dugaan.

