Tidak perlu pening kepala dan tidak perlu menggunakan banyak tenaga untuk menguruskan baju sekolah anak-anak, seorang ibu yang dikenali dengan nama Nabilah Solehah berkongsi idea dan caranya yang menyediakan hanya sepasang baju sekolah dan sepasang baju suka untuk setiap anak.
Ulasnya, setiap baju akan terus dicuci selepas dipakai dan diseterika sewaktu masih lembab untuk kegunaan sesi persekolahan esoknya. Jelas Nabilah, kaedah yang digunakan ini memberikan kelapangan buat dirinya.
“Less is More.
Masuk sesi sekolah yg baru tahun 2023…saya ada 2 orang anak yang bersekolah rendah.
Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Sepasang baju sekolah dan sepasang baju sukan untuk setiap anak.
Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil.
Pakai selagi muat dan Masih elok.
Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab. Dan saya akan gantung.
Esok baju-baju tersebut sudah ready untuk dipakai sekolah.
Act kaedah ni saya sudah guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih.
Dan saya rasa tenang dan lebih lapang.
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut.
Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana dan name tag banyak-banyak dekat baju anak.
2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh, iron baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jenjalan🥰
3. Baju nan sepasang tu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang.
5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.
6. Yang paling best. Stoking dan headscarf (read: sekap kepala) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu diorang akan letak juga dalam washer. So 2 benda keramat tu akan turut diuruskan. Kalau tak….dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.
Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.😪
Sesiapa yang rasa benda ni masuk akai…boleh la try-try buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply.
Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Hehehehe.”
Kredit : Nabilah Solehah