KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan momentum kemenangan apabila menewaskan Kuching City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Kutipan tiga mata melalui dua jaringan Akmal Zahir dan satu gol oleh Manuel Hidalgo melonjakkan kedudukan Sang Kenari ke tangga ketiga liga sekali gus menyaksikan kebangkitan kembali Sang Kenari dari dua kekalahan berturut-turut sebelum ini kepada PDRM FC dan Penang FC di laman sendiri.
Kedah yang menguasai permainan melakukan serangan bertali arus ke kubu Kuching City malma ini dan akhirnya berhasil mendapatkan gol melalui pemain pertahanan Akmal Zahir pada minit ke-27 melalui satu sepakan lencong jarak jauh yang cantik menewaskan penjaga gol, Julian Garcia.
Kuching City cuba bangkit dengan melakukan beberapa serangan menerusi pemain sayapnya, Zahrul Nizwan namun penguasaan tuan rumah di ruang tengah dan kubu sedikit menyukarkan arus serangan skuad kendalian ketua jurulatih Irfan Bakti itu.
Di hujung babak pertama Hidalgo hampir menambah gol buat Sang Kenari namun percubaannya mudah dibaca Julian Garcia.
Bermula babak kedua, Akmal Zahir sekali lagi menceriakan penyokong tuan runah apabila menanduk masuk pada minit ke-49.
KDA FC terus menghukum Kuching City lapan minit kemudian dan kali ini giliran Hidalgo pula memanfaatkan peluang menewaskan Julian Garcia melalui percubaannya dari kiri gawang gol pelawat.
Lima minit sebelum perlawanan tamat, KDA FC terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Wan Amirul Afiq dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin selepas mengasari penyerang Kuching City, Abu Kamara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

