KERAJAAN Kedah melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengunjung yang tidak menguruskan sampah dengan baik dan membiarkannya bersepah selepas berbuka puasa di Dataran Medan Bandar di Alor Setar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mejar (B), Mansor Zakaria berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu tidak seharusnya menjadi amalan ketika berada pada bulan mulia ini.
“Saya tahu ada tong sampah disediakan di kawasan itu, tetapi saiznya kecil berbanding jumlah pengunjung yang sangat ramai datang berbuka puasa di dataran berkenaan, jadi lebih bagus bawa baliklah sampah itu.
“Janganlah berharap kepada pihak lain yang membersihkan sampah yang anda buang merata-rata. Sama-samalah kita jaga kebersihan kawasan itu apatah lagi ketika ini Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Sri Aman semalam.
Mansor berkata kebenaran untuk orang ramai berbuka puasa di kawasan berkenaan adalah sebagai mengimarahkan Ramadan selain merancakkan program TMK 2025.
“Banyak (pihak) yang minta buka kawasan itu untuk dijadikan tapak berbuka puasa. Semua boleh datang berbuka beramai-ramai bersama keluarga, tetapi jagalah kebersihan,” katanya.
Mansor berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk melihat langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu terbabit.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

