
PENGERUSI Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin mempertahan jawatan, selepas memperoleh keputusan majoriti undi bahagian pada pemilihan kali ini.
Setakat jam 12.30 malam ini, beliau sudah memperoleh 108 undi, melepasi separuh daripada 189 Bahagian UMNO yang bersidang hari ini.
Badruddin dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO menggantikan Tan Sri Onn Ismail sejak 2007.
Berdasarkan keputusan semasa itu, kombinasi tiga pemimpin iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani terus menguasai kedudukan bagi saingan naib presiden.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang memperoleh 88 undi, sementara Mohamed Khaled yangj juga penyandang jawatan naib presiden di kedudukan kedua dengan 81 undi dan Johari yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memperoleh 68 undi.
Jurang undi bagi tiga pemimpin itu semakin melebar berbanding calon yang berada di kedudukan keempat hingga kelapan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram