Wan Rosdy, Khaled selesa mendahului saingan Naib Presiden UMNO

Dari Penulis

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail hampir pasti menjawat Naib Presiden UMNO selepas meraih hampir separuh daripada 189 undian pada pemilihan parti itu, setakat ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mendahului tujuh pesaingnya dengan memperoleh 88 undian, setakat jam 12.25 tengah malam ini.

Mengekori momentum saingan itu ialah penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 81 undian, sekali gus meletakkan beliau dalam keadaan selamat bagi mempertahankan jawatan berkenaan.

Saingan diikuti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang meraih 68 undi.

Penyandang Ahli MKT UMNO yang juga calon tunggal wanita bagi jawatan berkenaan, Datuk Seri Azalina Othman Said pula berada di kedudukan keempat dengan 44 undi.

Pesaing lain, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula meraih 33 undi, diikuti Datuk Seri Hasni Mohamad (30 undi) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (19 undi).

Sementara itu, calon kurang dikenali yang juga ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa masih gagal meraih sokongan sejak proses pengiraan undi dijalankan mulai jam 3 petang tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This