Walau tewas, Azalina kekal setia bersama UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO, namun ia tidak menghalang Datuk Seri Azalina Othman Said terus setia bersama parti itu.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, beliau berlapang dada dan menghormati pilihan perwakilan pada pemilihan UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu, kekalahan itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya.

“Saya masih setia dalam perjuangan ini demi masa depan parti yang saya cintai.

“Walaupun percubaan kali pertama ini gagal, namun bagi saya keputusan saya menawarkan diri diambil hanyalah demi kebaikan parti UMNO supaya ia dilihat lebih terbuka dan progresif bagi mendepani cabaran semasa politik negara,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Kembalikan semula perpaduan dalam UMNO – Khaled

Mengulas lanjut, Azalina turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan di semua peringkat terutama barisan Naib Presiden baharu dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang telah dipilih.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan di seluruh negara yang telah mengundi saya.

“Ucapan penghargaan ini saya panjangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 dan sekretariat yang berusaha bertungkus-lumus memastikan pemilihan kali ini berjalan lancar,” jelas beliau.

Pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO kali ini menyaksikan dua muka baharu mengisi tiga jawatan berkenaan.

Dua muka baharu itu adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Satu lagi kerusi pula diisi penyandang jawatan itu iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This