Program Thai Hot Guy dibatalkan – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan program hiburan membabitkan kumpulan Thai Hot Guy yang akan diadakan di sebuah premis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac telah dibatalkan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, pihaknya menerima 60 laporan yang membantah penganjuran program tersebut.

Beliau berkata, pihaknya peka terhadap penganjuran program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta boleh menggugat ketenteraman negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pihak polis telah mengadakan perjumpaan dengan pihak penganjur dan pengurusan premis pada pukul 2.30 petang.

“Amaran keras telah diberikan kepada penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Daerah  Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This