Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed GAMBAR: Abd Razak Aid

SEORANG pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah motosikal di Kilometer 10, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 2.53 pagi, motosikal yang dinaiki dua lelaki itu dalam perjalanan dari Sri Gombak ke Kepong.

Katanya, seorang lelaki dengan warganegara tidak pasti kemudian bertindak berlari melintas jalan raya dari arah kiri ke kanan secara tiba-tiba.

“Penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak telah melanggar mangsa sebelum terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

“Mangsa telah tercampak ke lorong kanan serta mengalami kecederaan parah dan disahkan maut oleh pembantu perubatan Hospital Selayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Lelaki ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik bagi bedah siasat.

Sementara penunggang motosikal berusia 23 tahun dan pembonceng berusia 21 tahun cedera di kepala serta tangan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Suharman Che Musa di talian 019-6751727.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram