INSTITUT Jantung Negara (IJN) melakar satu lagi sejarah apabila menjadi hospital pertama di Malaysia berjaya menjalankan prosedur TriClip bagi pesakit berdepan masalah injap jantung bocor.
Prosedur terbaharu ini ialah teknik invasif minimum yang mampu mengelakkan daripada melakukan pembedahan jantung secara terbuka kepada pesakit.
TriClip berfungsi membaiki injap jantung yang bocor dengan meletakkan sistem klip ke kawasan berdepan masalah sekali gus mengurangkan kemasukan darah ke dalam jantung.
Prosedur ini telah dijalankan ke atas dua orang pesakit IJN pada 13 Mac lalu oleh pasukan khas yang antaranya terdiri daripada Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.
Turut serta dalam menjalankan prosedur bersejarah ini adalah Pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi.
Kebiasaannya pesakit yang berdepan dengan masalah ini akan mengalami masalah mudah penat, sesak nafas, bengkak di kaki serta perut.
Bagaimanapun, kesemua ini tidak kelihatan sehingga keadaan menjadi teruk dan sekiranya gagal dirawat akan menyebabkan berlakunya beberapa komplikasi.
Baca artikel lain: KKM panggil balik produk mengandungi pholcodine
Dr Azmee menerusi sidang media hari ini berkata, prosedur TriClip tidak boleh dilakukan kepada kesemua pesakit dan mereka yang terbabit perlu mendapat pemerhatian khas daripada doktor.
Selain itu, beliau juga menegaskan, prosedur yang memakan masa dua jam untuk selesai ini agak mahal dan ia bersesuaian dengan teknologi serta tenaga pakar yang diguna pakai.
Dalam pada itu, Dr Amin Ariff memberitahu, melalui kaedah ini, jangka masa waktu yang diperlukan oleh pesakit untuk pulih daripada kesan pembedahan lebih pendek iaitu sekitar enam minggu sahaja.
Pada masa sama, beliau juga menyatakan kesediaan IJN untuk berkongsi kepakaran kepada mana-mana hospital yang berminat untuk belajar berkenaan prosedur ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

