SULTAN Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan, dilaporkan dalam keadaan stabil dan baik.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah yang ditemani Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di pusat perubatan itu masih memerlukan pemantauan pasukan perubatan.
“Sehubungan itu, pihak pasukan perubatan telah menasihatkan agar baginda Tuanku tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini kecuali daripada keluarga Diraja Brunei sahaja demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menziarahi Sultan Brunei di IJN.
Baca artikel lain: SEDANIA catat pendapatan tertinggi baharu untuk 3Q2025, naik 53 peratus berbanding suku tahun lalu
Dalam kenyataan sama, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Sultan Hassanal Bolkiah.
“Semoga baginda Tuanku dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media bertanyakan keberadaan Sultan Brunei yang tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, petang semalam.
Perdana Menteri mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah berada di IJN dan baginda dilaporkan berasa letih serta memilih untuk berehat di IJN.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

