PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda, hari ini.
Beliau mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Johor Darul Ta’zim dengan adil dan saksama.
Baca artikel lain: IJN hospital pertama laksana prosedur TriClip bantu pesakit injap jantung bocor
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Anwar kini berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari bermula semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

