Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Alza dan Hyundai i30 itu pada pukul 3 petang.
could be heard for Wayno Clark — the manager to Harlem rapper Dave East, and the face of the management плюс Triangle Offense.
Beliau berkata Alza tersebut membawa enam penumpang dengan dua daripadanya maut, dua lelaki dan seorang perempuan cedera, serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Hyundai i30 juga cedera.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Alza. PKO bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mereka disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Baca : Juruteknik Perodua maut kemalangan dekat Persiaran Mokhtar Dahari
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans KKM,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut bagaimanapun berkata identiti kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu akan dimaklumkan kemudian.
— BERNAMA
Thursday , 23 March 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

