TNB, PDRM tingkat logistik banteras kecurian arus elektrik

Dari Penulis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menggempur kegiatan mencuri arus elektrik melalui lebih 1,600 serbuan dalam tempoh dua tahun lalu di seluruh Semenanjung, bagi membendung kerugian besar kepada industri tenaga dan negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din berkata, kerjasama strategik TNB dan PDRM itu telah memberikan impak amat positif dalam usaha membanteras perbuatan khianat tersebut, khususnya melibatkan premis perlombongan mata wang kripto, bitcoin dan pengguna industri.

Justeru, katanya, TNB meningkatkan lagi kemudahan logistik pasukan PDRM dalam Op Letrik itu dengan menyumbang enam (6) kenderaan pacuan 4 roda (4×4) dan 25 buah kontena bagi keperluan penyimpanan perkakasan rampasan.

“TNB dan PDRM telah melaksanakan operasi bersepadu bagi membendung kegiatan mencuri arus elektrik ini sejak November 2020. Sehingga Februari 2023, Op Letrik ini telah melaksanakan lebih 1,600 siri serbuan sekali gus mengekang kerugian bernilai lebih RM278.49 juta,” katanya.

Baharin menyerahkan kenderaan untuk kegunaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sempena Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis, di Kuala Lumpur pada 20 Mac 2023. Ia disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sumbangan itu diharapkan dapat melancarkan operasi Op Letrik bagi menggempur kegiatan mengambil bekalan elektrik secara curang, sekali gus mengelak kerugian kepada pengguna termasuk risiko bekalan kerap terputus.

BERITA BERKAITAN TNB giat pulihkan bekalan elektrik dan hulur bantuan mangsa banjir di kawasan terjejas

“Terima kasih kepada PDRM di atas sokongan dan kerjasama dalam membantu TNB menjejak jenayah curi arus elektrik ini di seluruh Semenanjung Malaysia. Op Letrik ini turut memberi impak positif kepada operasi TNB dan sekali gus membantu kami memberi tumpuan kepada usaha memacu peralihan tenaga negara,” katanya.

Pengusikan pepasangan meter atau penyambungan haram oleh para pengusaha bitcoin boleh mencetuskan pelbagai kejadian termasuk gangguan bekalan akibat beban lampau (overloading) dan litar pintas sehingga menyebabkan kebakaran.

“TNB akan terus komited dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang berterusan kepada pihak PDRM dalam membenteras jenayah curi arus elektrik dan berharap agar kerjasama berterusan dengan PDRM ini akan berkekalan demi kebaikan semua pihak terutamanya kepada rakyat dan negara,” tambah Baharin.

Selain itu, TNB juga mendapat kerjasama agensi-agensi berkaitan khususnya Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha berusaha membanteras kecurian arus elektrik itu yang menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This