Zii Jia teruskan kecemerlangan mara ke suku akhir Terbuka Switzerland

Dari Penulis

JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia, pemain nombor dunia dan pilihan kedua kejohanan  mencatatkan keputusan straight set 21-19, 21-15 pada pertarungan selama 51 minit di pusingan kedua di St Jakobshalle di Basel.

Esok, Zii Jia akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara wakil Taiwan, Lee Chia Hao dengan Mithun Manjuath dari India bagi perebutan tiket ke separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito, 17-21, 21-16, 21-17.

Pasangan Jepun itu bakal bertemu sama ada pasangan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han atau gandingan China Ren Xiabg Yu-Tan Qiang di pusingan suku akhir esok. 

BERITA BERKAITAN Zii Jia kembali..! – Mara ke separuh akhir All England

Sementara itu, beregu lelaki Ong Yew Sin yang merupakan pilihan ketiga kejohanan dan gandingannya Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Jepun-Kenya, Mitsuhashi-Hikori Okamura 15-21,21-13,21-15. 

Yew Sin-Ee Yi dijadual bertemu sama ada pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri- Bagas Maulana ataupun gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei- Yang Po-Hsuan pada suku akhir. 

Dalam pada itu, beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei turut mara ke suku akhir apabila mengalahkan pasangan China, He Ji Ting-Du Yue 11-21, 21-14, 21-14.

Pasangan itu bakal bertemu sama pemain pilihan kelapan kejohanan, Robin Tabeling dan pasangannya Selena Piek dari Belanda atau gandingan Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica esok. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This