Tayar lori pecah ragut nyawa suami isteri naik Preve

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri maut selepas Proton Preve yang dinaiki berlanggar dengan sebuah lori satu tan di Kilometer 38.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kemalangan pada pukul 6.29 petang itu berlaku ketika pemandu lori berada di lorong kiri sementara Preve yang dinaiki mangsa berada di lorong kanan.

“Secara tiba-tiba, tayar belakang kiri lori itu pecah lalu menyebabkannya pemandu hilang kawalan sehingga berlanggar dengan Preve.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Preve terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca : Dua warga asing maut selepas langgar belakang treler

Jelasnya, pemandu Preve iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dan suaminya berusia 35 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tujuan bedah siasat, sementara pemandu lori mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata kedua-dua mangsa yang maut akibat tersepit dalam kereta yang dinaiki.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum jenazah kedua-dua mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This