SEORANG wanita cedera dilanggar sebuah kereta di Kilometer 12.3 Lebuhraya Persekutuan, malam tadi selepas gagal menggunakan lorong khas motosikal yang disediakan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 malam.
Beliau berkata, mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh pemandu Nissan Sentra berusia 38 tahun yang keluar dari susur Lebuhraya Persekutuan.
“Mangsa seorang wanita berusia 23 tahun cedera di rahang serta pinggul dan dibawa ke Hospital Shah Alam bagi menerima rawatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

