
PENCARUM Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi layak untuk menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 bermula tahun ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim seperti dilaporkan Nanyang Siang Pau.
Menurut Steven, keputusan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN itu adalah atas pelbagai sebab.
Kata beliau, ia termasuk tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan cukai sebanyak dua peratus ke atas cukai pendapatan individu.
Baca artikel berkaitan: Penangguhan bayaran, diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat
“Selain itu, perkara ini turut melibatkan pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan lain.
“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” katanya.
Berdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram