SEORANG wanita warga emas cedera dalam kejadian samun berparang di kediamannya dekat Bukit Pasir, Batu Pahat, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun telah bangun untuk bersahur.
Beliau berkata, mangsa telah melihat seorang suspek di hadapannya dan seorang lagi berhampiran pintu belakang ketika menghidupkan lampu.
“Suspek di hadapannya telah menyerang mangsa sambil merentap barang kemas iaitu seutas rantai leher dan seutas gelang emas.
“Mangsa mengalami kerugian bernilai RM6,000 dan cedera ringan di kepala serta tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Polis tahan dua lelaki samun berparang dekat Puteri Harbour
Jelasnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah dan dipercayai suspek telah membuka pintu belakang rumah melalui lubang jaring berhampiran penyelak pintu.
Ismail berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat di talian 074343999 atau balai polis yang berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

