Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian

Dari Penulis

Polis akan menyiasat dari semua aspek termasuk sekiranya terdapat elemen kecuaian dalam kebakaran yang meragut nyawa empat beradik di Kampung Sabak Awor di Muar semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya masih menunggu hasil proses bedah siasat yang dijangka bermula pada 2.30 petang ini, selain laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan punca kebakaran.

Beliau berkata sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah mahupun tidak disengajakan.

“Sekiranya hasil dapatan daripada JBPM ada unsur kecuaian, fokus kita akan ke arah bawa kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mengkaji kes sama ada ia satu kecuaian, satu tinggalan jenayah atau tidak disengajakan.

“Siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas di bahagian dapur, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hari ini.

Raiz Mukhliz berkata pihaknya bersama JBPM akan meneruskan program advokasi berkaitan keselamatan kanak-kanak ketika berada di rumah termasuk dalam berhadapan situasi kecemasan. 

Semalam, empat beradik dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, dilaporkan maut dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira 7.49 malam.

Menurut polis, ketika kejadian ibu mereka yang berketurunan Orang Asli, keluar membeli kelengkapan rumah, manakala ayah mereka warga Myanmar, sedang bekerja di sebuah restoran.

— BERNAMA

Thursday , 30 March 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This