PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Beliau yang memenangi kerusi DUN tersebut sejak dua penggal lalu turut mengumumkan untuk kembali bersama UMNO.
“Di sini ingin juga saya tegaskan bahawa keputusan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
“Bagaimanapun pendirian saya kekal untuk terus berkhidmat dan memelihara kebajikan di DUN Endau,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Kali pertama Alwiyah memenangi kerusi DUN Endau adalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2018 atas tiket Barisan Nasional (BN).
Namun pada Mei 2018, beliau bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang lain mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.
Pada PRN 2022, Alwiyah berjaya mempertahankan kerusi DUN Endau atas tiket Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dalam pertandingan lima penjuru.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

