Budak 3 tahun terkunci dalam Wira diselamatkan bomba

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berjaya diselamatkan selepas terkunci di dalam kereta di sebuah stesen minyak Jalan Seri Temenggung, Teluk Piah pada petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.52 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba tiga minit kemudian dan mendapati kanak-kanak itu terkunci di dalam sebuah Proton Wira.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak tersebut menekan tombol kunci pintu dalam keadaan enjin dimatikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kanak-kanak tersebut terkunci selama lima minit sebelum orang awam bertindak menghubungi pihak bomba.

Baca : Bayi 5 bulan terkunci 30 minit dalam Proton Saga

“Bomba berjaya membuka pintu kereta dengan menggunakan alatan khas,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This