Jailani, Zaidi dijangka digugurkan dari Exco Melaka baharu

Dari Penulis

DUA nama penyandang jawatan mungkin menjadi ‘mangsa’ digugurkan daripada senarai barisan Exco Melaka yang baharu.

Memetik laporan BH Online, dua nama berkenaan adalah bekas Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan iaitu Datuk Muhamad Jailani Khamis serta Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan.

Muhamad Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dilihat lantang mengkritik pertukaran kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini.

Zaidi pula merupakan ADUN Serkam.

Kekosongan daripada dua jawatan itu dijangka memberi laluan kepada pelantikan wakil Pakatan Harapan (PH) sekali gus membentuk Kerajaan Perpaduan di Melaka.

Antara calon yang disebut-sebut bakal mewakili PH sebagai Exco Melaka baharu adalah Setiausaha DAP Melaka yang juga ADUN Kesidang, Seah Shoo Chin.

Sementara itu, ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong pula dijangka dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN.

Selain Shoo Chin dan Chee Leong, PH mempunyai tiga lagi ADUN iaitu Adly Zahari yang memenangi kerusi DUN Bukit Katil; Leng Chau Yen (Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (Ayer Keroh).

Baca artikel berkaitan: Exco Melaka ikut acuan Kerajaan Perpaduan, disertai wakil BN, PH

Semalam, Ab Rauf dilaporkan akan mengumumkan senarai Exco terbaharu dalam tempoh 48 jam dari masa beliau mengangkat sumpah jawatan, mengikut acuan Kerajaan Perpaduan seperti dilaksanakan di peringkat nasional ketika ini.

Bagaimanapun, ADUN Tanjung Bidara itu mengakui belum memperoleh kaedah untuk merealisasikan acuan Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran kerajaan Melaka.

Beberapa penyandang Exco dijangka dikekalkan termasuk ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin; ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman turut dijangka dilantik semula.

Tiga muka baharu dalam kalangan UMNO dikatakan akan dilantik sebagai Exco iaitu ADUN Asahan yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Fairul Nizam Roslan; ADUN Rim yang juga Naib Ketua UMNO Jasin, Datuk Khaidirah Abu Zahar serta ADUN Ayer Limau selaku Naib Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This