Exco Melaka ikut acuan Kerajaan Perpaduan, disertai wakil BN, PH

Dari Penulis

JAWATAN Exco Kerajaan Negeri Melaka akan menyaksikan bukan sahaja wakil Barisan Nasional (BN) tetapi juga parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan merangkumi Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, barisan Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka akan mengikut acuan Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut akan direalisasikan selepas Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, komposisi pembahagian kerusi dalam Exco kerajaan negeri itu akan diputuskan Ab Rauf.

“Cuma saya kira daripada segi jumlahnya tentulah UMNO melebihi yang lain kerana pada masa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, BN memenangi 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan.

Baca artikel berkaitan: Barisan Exco Melaka cerminkan Kerajaan Perpaduan

“Atas dasar itu, ini bermakna komposisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah lebih berbanding yang lain. Barisan Exco akan diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan, barisan Exco Kerajaan Negeri itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Kata beliau, perkara tersebut seperti yang dijanjikan Ab Rauf iaitu dalam tempoh 48 jam.

Ahmad turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ab Rauf atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13.

“Saya ingin merakamkan tahniah pada Ab Rauf yang telah mengangkat sumpah semalam, terima kasih juga kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali atas jasanya sebelum ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This