Insiden Aurora petik cili rumah jiran bukan alasan Diana Danielle tuntut cerai, polis sampai datang rumah

Dari Penulis

AKTRES Diana Danielle menafikan dia memfailkan permohonan cerai disebabkan Farid Kamil mendenda anaknya, Nur Aurora yang memetik cili di rumah jiran tanpa kebenaran.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menerusi hantaran dalam Instagram Story berkata, dia membuat permohonan cerai tersebut iaitu dua hari sebelum insiden tersebut berlaku.

“Siapa kata, insiden petik cili adalah sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum insiden itu terjadi.

“Dia (Farid) tahu bukan tak tahu. Saya beritahu dia saya mahu failkan perceraian. Dia kata teruskan, malah suruh saya untuk mempercepatkan. Tetapi sekarang berlakon keliru pula?,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang filem Imaginur itu turut menyentuh mengenai isu tanggungjawab yang menyebabkan berlakunya shiqaq berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah berlakunya shiqaq berpanjangan. Insiden petik cili itu Aurora masih teringat sampai sekarang, dia takut nak jumpa Farid.

“Awak nak saya paksa dia hanya untuk menggembirakan semua orang? Sebenarnya pagi ini Muhammad ada bertanya sama ada dia boleh balik raya di Kedah tapi apa Aurora cakap, dia kata ‘perlu ke saya pergi’?,” kata Diana lagi.

Insiden tersebut adalah isu besar bagi Diana sehingga dia perlu menghubugi pihak polis untuk ke rumahnya.

“Dia (Farid) boleh melihat ia sebagai perkara kecil, tetapi kemarahan yang saya nampak pada hari itu tidak kecil.

“Sekiranya kecil, kenapa bila saya menelefon polis untuk mengambil kami dari rumah dan polis mengetuk pintu, dia tidak buka?

“Polis ketuk selama berjam. Menunggu saya untuk mengambil anak-anak keluar menerusi pintu depan tapi sebaliknya kami perlu memanjat keluar kerana dia enggan membuka pintu depan. Kenapa?.

“Saya tidak takut, Aurora berusia 8 tahun. Dia boleh bercakap apa yang dia fikirkan. Kalau orang ramai merasakan saya yang menyuruh Aurora bercakap untuk berapa lama?

“Dia mempunyai perasaan dan mengambil masa berminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut nama Farid dan insiden itu,” getus Diana.

Terdahulu, Farid menerusi temubual dalam program Melodi yang disiarkan di TV3, hari ini, mendakwa Diana tidak bersetuju dengan tindakan Farid mendenda Aurora berdiri di dinding selepas memetik cili di rumah jiran.

Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This