Polis menahan seorang lelaki kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan perbuatan berkenaan, kira-kira 3.15 pagi.
Beliau berkata lelaki tersebut bertindak demikian selepas berang apabila kad banknya tidak dikembalikan oleh mesin itu ketika melakukan transaksi.
“Anggota Unit rondaan Bermotorsikal (URB) Bahagian Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri telah berjaya menangkap suspek yang disyaki telah melakukan khianat pada harta benda.
“Pemeriksaan mendapati suspek memecahkan skrin sebuah daripada mesin ATM di bank tersebut selain turut menendang tong sampah yang mengandungi resit bank dalam bank terbabit akibat geram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
— BERNAMAÂ
Monday , 03 April 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

