Bantuan Aidilfitri RM1,200 penjawat awam Pahang

Dari Penulis

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 bernilai RM1,200 seorang kepada semua 8,000 penjawat awam negeri tersebut.

Selain penjawat awam, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan kewangan itu kepada empat lagi kategori penerima melibatkan nilai RM500 dan RM200.

Bantuan RM500 diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dan Tok Batin manakala RM200 kepada Setiausaha JPKK, yang keseluruhannya melibatkan 2,773 orang.

Baca artikel berkaitan: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dibayar 17 April

Selain itu, bantuan RM200 juga diberikan kepada 700 anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,500 pesara kerajaan negeri dan 7,000 ibu tunggal miskin di negeri berkenaan.

“Bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM12.95 juta dengan jumlah keseluruhan penerima seramai 22,973 orang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berharap bantuan itu dapat meringankan beban penerimanya dalam membuat persiapan hari raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This