JABATAN Imigresen Malaysia mengesahkan bahawa laman web rasmi jabatan itu telah digodam oleh penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, laman web itu telah diserang pada pukul 2 pagi tadi dengan serangan berbentuk defacement itu mengakibatkan paparan muka hadapan ditukar kepada imej lain.
Walau bagaimanapun, Ruslin memaklumkan, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan Jabatan Imigresen seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku.
“Jabatan Imigresen telah mengambil langkah pembetulan serta-merta dengan menutup capaian dari akses orang ramai dan melakukan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.
“Bahagian Teknologi Maklumat jabatan ini telah mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan pihak NACSA dan CyberSecurity bagi membantu untuk tindakan pengukuhan laman web,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Laman web Jabatan Imigresen digodam ‘CaptainSmok3r’?
Mengulas lanjut, Ruslin memberitahu, laman web rasmi itu dijangka pulih dan boleh diakses semula dalam masa terdekat petang ini.
“Jabatan ini juga menasihatkan orang ramai tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam,” jelas beliau.
Terdahulu, UtusanTV melaporkan laman web rasmi Jabatan Imigresen didapati telah digodam sejak awal pagi tadi oleh penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’.
Carian ke atas laman web itu juga mendapati ‘CaptainSmok3r’ telah meninggalkan ‘jejak’ di portal berkenaan.
Jejak itu turut mengatakan mereka menggodam laman web berkenaan secara ‘suka-suka’.
Pengguna juga tidak dapat mengakses ke dalam laman web tersebut kerana memakan masa yang terlalu lama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

