Setiap kali hendak pergi melancong atau bercuti, kita mesti hendak mencari tudung yang mudah dipakai dan digosok. Ikuti sahaja perkongsian tip di bawah.
Tips penjagaan tudung mudah digosok
• Cuci tudung dengan tangan
Sekiranya ada kotoran pada tudung, rendam dengan sabun selama 15 hingga 30 minit. Kemudian, gosok perlahan-lahan sehingga kotoran hilang dengan menggunakan berus lembut atau gunakan tangan anda.
• Elak guna mesin basuh
Kebanyakan tudung diperbuat dari material yang lembut. Cuci tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan fabrik tudung kerana kebanyakan tudung diperbuat dari material yang lembut. Elakkan juga pengunaan dryer kerana ia akan merosakkan lagi tekstur tudung anda.
• Elak lipat awning tudung
Elakkan melipat awning tudung kerana ia akan menyebabkan tudung anda susah dibentuk. Anda boleh menggunakan kaedah gantung dengan penyangkut khas sekiranya mahu.
• Lipat tudung guna teknik gulung
Melipat tudung dengan cara lipatan gulung sangat digalakkan ketika travel. Dengan cara lipatan ini tudung akan terlihat baik walaupun setelah dilipat.
Tips memilih tudung pergi bercuti
• Pilih material tak perlu digosok
Dengan memilih tudung yang mudah diseterika atau tidak perlu digosok anda tidak perlu risau sekiranya seterika tidak disediakan.
• Pilih tudung yang bercorak
Pemilihan tudung yang bercorak memberikan ‘trick’ yang terbaik untuk menutup semua kedutan yang ada pada tudung anda. Elakkan memakai tudung yang cerah sebaliknya pilihlah tudung yang berwarna gelap.

