Pelakon popular, Meerqeen menjadi satu-satunya warga Malaysia yang dilantik sebagai duta jenama pertama untuk Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia. Sebagai seorang sosok terkenal di industri hiburan Malaysia, personaliti Meerqeen yang berani dapat menjelma semangat YSL Beauty yang tidak gentar.
Ulas pelakon yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu, komitmen jenama itu terhadap kreativiti dan ekspresi kendiri membuatkannya cukup teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga YSL Beauty Malaysia.
“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.
“Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan. Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” ulasnya.
Menurut Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura, kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia.
Stail yang luar biasa dan pendekatan tidak gentar dalam kehidupan yang diperlihatkan oleh Meerqeen membuatkannya wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty yang direka demi orang yang tidak takut menjadi berbeza.
“Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia.
“Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini,” katanya.
Meerqeen akan membuat penampilan di acara YSL Beauty Raya Pop-up di SOGO Kuala Lumpur pada 6 April dan IOI City Mall, Putrajaya pada 15 April antara jam 2.00 petang dan 4.00 petang.

