[VIDEO] Anuar Zain nyanyi ‘free’ lagu Lelaki Ini depan bayi tapi netizen pula yang tak keruan sebab…

Dari Penulis

PENYANYI popular, Anuar Zain mempunyai suara yang sangat lunak sehingga membuatkan para pendengar terpukau.

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok oleh Syaqirra Amani, seorang bayi terpaku apabila mendengar nyanyian merdu Anuar menerusi lagu Lelaki Ini secara spontan yang ketika itu duduk bersebelahan dengan anak kecil bernama Efraim.

“Bila penyanyi dah depan mata, terpaku terus,” tulis kapsyen di video tersebut.

Bukan sahaja bayi tersebut terpesona mendengar kemerduaan suara Anuar malah pengikut di laman sosial tersebut itu juga turut sama terpana.

Malah ada juga yang cemburu kerana bayi comel itu dapat mendengar nyanyian Anuar secara langsung tanpa perlu membeli tiket konsert.

“Kenapa uncle jerit kuat-kuat jadi sedap. Why me jerit-jerit cuma dengar ‘uwaa uwaa’ je. Itu pun lain yang diminta, lain yang dapat.

“Untung lah kecil-kecil dah dapat pergi konsert percuma Anuar Zain.
“Macam ni la kut Erbie masa kecil.

“Watch him kid, watch him carefully. That guy is once in a lifetime,” komen netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 45,000 tanda suka dan lebih 700 komen di media sosial berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalaulah suami saya masih hidup”… Laila Nasir sebak terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan pelakon senior Laila Nasir, 55, apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun Lalu dalam...

More Articles Like This