Seorang pemandu lori yang membawa muatan mentega maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori balak di KM37 Jalan Gua Musang-Jeli, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan turut mengakibatkan pemandu lori balak berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.50 pagi apabila mangsa, Abdul Yasak Mat, 40, yang memandu lori jenis Isuzu dari arah Gua Musang ke Jeli dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung lori balak dipandu N. Subramaniam, 51.
“Pertembungan kedua-dua kenderaan berkenaan menyebabkan Abdul Yasak meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Subramaniam cedera di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik berkata jenazah Abdul Yasak dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat manakala Subramaniam sedang dirawat di hospital sama.
“Kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121 222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392 untuk membantu siasatan,” katanya.
— BERNAMA
Wednesday, 05 April 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

