MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini semua hasil pelaksanaan dasar serta reformasi yang sedang digerakkan oleh Kerajaan MADANI.
“Namun, pencapaian yang ada tidak harus membuatkan kita alpa, sebaliknya saya menyeru seluruh jentera untuk melipatgandakan usaha, memperkukuh budaya kerja bertanggungjawab serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai rakyat keseluruhannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Temu Mesra bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah di Merbok.
Dalam pertemuan itu, beliau telah singgung soal amanah dan tanggungjawab dipikul setiap penjawat awam serta pimpinan akar umbi dalam memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.
Jelasnya, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan JPKKP merupakan penghubung penting antara kerajaan dengan masyarakat.
Justeru, katanya hubungan dan kerjasama erat perlu terus diperkukuh agar setiap permasalahan yang dihadapi rakyat dapat dikenal pasti serta ditangani dengan segera dan berkesan.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

