“Awak pergi mana?” – Farhatul berlari pecut tersalah tempat duduk, Ustaz Tarmizi tak mampu tahan ketawa. Gelagat Geng Ngaji cukup mencuit hati

Dari Penulis

Apa yang dipertontonkan di televisyen tidak sama dengan apa yang terjadi di studio rakaman. Keletah lucu yang berlaku antara tiga moderator Geng Ngaji cukup mencuit hati.

Menerusi akaun Facebook Tazkirah Malam Jumaat, gelagat Juara Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Fairuzah yang berlari menuju ke tempat duduknya itu benar-benar mencuit hati.

Kekeliruan penempatan tempat duduk sewaktu permulaan rancangan Geng Ngaji di Astro Oasis membuatkan Farhatul tersalah memilih tempat. Malah gelagat Ustaz Fakhrul Radhi memanggil wanita itu untuk turut serta duduk di sofa turut membuatkan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman pecah tawa dan tidak mampu berhenti walau sewaktu siaran bermula.

Rakaman pendek itu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Rata-rata cukup terhibur dengan trio moderator Geng Ngaji yang disifatkan cukup serasi dan membuatkan studio gamat dengan lawak bersahaja.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This