Ikuti tip penjagaan telekung sepanjang Ramadan, elak telekung berbau dan bertahi lalat

Dari Penulis

Islam adalah agama yang mementingkan kesucian dan kebersihan di dalam kehidupan seharian terutamanya di dalam beribadah. Seperti yang kita sedia maklum, telekung merupakan satu alat atau pakaian yang digunakan oleh wanita untuk melakukan ibadah solat. Namun begitu, pada bulan Ramadan, telekung akan lebih kerap digunakan kerana adanya solat sunat tarawih.

Oleh itu, para wanita perlu menjaga kebersihan telekung. Jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menyebabkan telekung berkulat, timbul tahi lalat dan berbau.

Berikut adalah beberapa tip penjagaan telekung yang anda semua boleh praktikkan.

1. Memakai anak tudung atau kain alas sebelum memakai telekung

2. Gantung telekung di tempat yang terbuka agar terkena udara

3. Cuci dan ganti telekung setiap seminggu

4. Jangan letakkan telekung di dalam sejadah kerana akan membuat ia lembap

5. Jaga kebersihan rambut

6. Gunakan pewangi pakaian dan sembur pada telekung

7. Elakkan pakai telekung ketika rambut basah

Semoga bermanfaat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This