ISU ‘raya terkejut’ yang heboh diperkatakan ketika ini akan dirujuk ke Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar seperti dilapor BH Online.
Bagaimanapun, Mohd Na’im tidak memperincikan tarikh mesyuarat bersama Jawatankuasa Fatwa itu akan diadakan.
Beliau memaklumkan, isu tersebut akan dibincangkan bagi mengelakkan kekalutan berhubung kejadian ‘raya terkejut’ yang berlaku tahun lalu tidak berulang.
“Seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lalu tidak berulang supaya umat Islam tidak terkejut.
“Itu hasrat (elak raya terkejut) kita semua. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan pra-matang sebaliknya menyerahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).
Baca artikel berkaitan: Pusat Astronomi Antarabangsa UAE jangka 1 Syawal Jumaat 21 April
“Kita tahu bahawa kuasa mengumumkan tarikh hari raya terletak di bawah PMBRR selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” katanya.
Menjawab apakah persediaan yang perlu umat Islam lakukan, Mohd Na’im menasihatkan supaya bersabar.
“Jadi saya rasa kita kena tunggulah, di pihak kami pastinya nak elak benda itu. Bagaimanapun, ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut ‘tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam’.
“Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan untuk memudahkan rakyat jika situasi itu berlaku kelak,” katanya.
Sebelum ini, Pusat Astronomi Antarabangsa berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada Khamis bersamaan 20 April 2023.
Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan Jumaat (21 April) sebagai hari pertama Aidilfitri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

