Pemuda UMNO hantar surat bantahan kezaliman rejim Israel kepada Kementerian Luar Isnin ini

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Luar Isnin ini berhubung perbuatan kejam tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata surat itu antara lain menggesa seluruh negara Islam bersatu padu menentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berucap ketika mengadakan Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita juga memohon Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak daripada membiarkan mereka terus menzalimi dan menyakiti saudara kita di Palestin,” katanya selepas himpunan Solidariti Pemuda UMNO Bersama Palestin di pekarangan Masjid Kampung Baru hari ini.

Baca artikel lain: UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib

Beliau berkata himpunan itu diadakan untuk ‘menghantar mesej’ kepada rejim Israel bahawa tindakan menzalimi rakyat Palestin turut memberi kesan kepada negara Islam yang lain.

Muhamad Akmal berkata bendera Israel turut dibakar pada himpunan itu sebagai simbolik menentang kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sekali gus menyatakan Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara.

Sebahagian daripada umat islam memijak bendera zionis Israel bagi mengutuk pencerobohan terbaharu rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan serangan keatas ratusan jemaah islam ketika mengadakan Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata pihaknya menempatkan pegawai bagi memantau himpunan itu dan tiada sebarang insiden kekecohan dilaporkan.

Rabu lepas, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan menyerang jemaah Palestin.

Dalam perkembangan terbaharu, Israel hari ini melancarkan serangan udara di Lubnan, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This