Lawatan PM ke Afrika Selatan perkukuh jaringan halal global

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Afrika Selatan disifatkan mampu memperkukuh jaringan halal global ke peringkat lebih tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama itu dapat diperkukuh khususnya melalui penerokaan kerjasama dalam bidang pengurusan halal, pembangunan kapasiti serta inovasi industri.

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal global tetapi turut menyokong agenda pengukuhan ekosistem halal dunia secara lebih mampan dan inklusif.

“Suka untuk saya kongsikan, hubungan antara Malaysia dan Afrika Selatan dalam bidang halal telah lama terjalin melalui pengiktirafan tiga badan pensijilan halal luar negara oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iaitu National Independent Halaal Trust (NIHT) di Johannesburg, South African National Halaal Authority (SANHA) di Kwazulu Natal dan Muslim Judicial Council Halaal Trust (MJCHT) di Cape Town.

“Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas jaminan halal di peringkat global,” katanya dalam kenyataan dimuatnaik di Facebook.

Baca artikel lain: Anwar berang isu kartel dadah terkait ahli politik

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, agensi hal ehwal agama menerusi JAKIM komited berkongsi kepakaran melalui pembangunan kapasiti, peningkatan kemahiran dan perkongsian ilmu demi menyokong kelestarian ekosistem halal dunia, selaras aspirasi Malaysia memperkukuh rangkaian halal antarabangsa.

Katanya, lawatan Anwar ke Afrika Selatan atas jemputan Presiden negara itu, Matamela Cyril Ramaphosa yang juga Presiden Kumpulan 20 (G20) 2025 turut merangkumi sesi libat urus bersama pimpinan Islam setempat bagi membincangkan kerjasama memperkasakan pembangunan ummah di peringkat global.

Perdana Menteri kini meneruskan rangka lawatan ke benua Afrika dengan Afrika Selatan sebagai destinasi kedua sempena Sidang Kemuncak G20.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This