JAKIM sokong penahanan ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’, perangi kumpulan ajaran sesat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong penuh tindakan tegas pihak berkuasa agama negeri dalam mengekang penyebaran fahaman dan amalan yang didapati menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, isu berkaitan penyimpangan akidah bukan sekadar isu penguatkuasaan, tetapi juga isu pemeliharaan kesucian Islam dan keselamatan akidah umat. 

Justeru, katanya, kerjasama erat antara JAKIM dan jabatan agama Islam negeri-negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan tindakan yang selaras dan bersepadu dapat dilaksanakan.

“Saya mengambil maklum laporan berhubung penahanan sekumpulan individu yang dikaitkan dengan ajaran dikenali sebagai Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) baru-baru ini.

“Saya menyeru umat Islam di negara ini agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa mempunyai keistimewaan agama tertentu atau membawa ajaran luar kebiasaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar mendapatkan maklumat dan panduan daripada pihak berkuasa agama sebelum menyertai mana-mana kumpulan keagamaan dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan yang boleh mengancam akidah masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh pendekatan dakwah, pendidikan dan penguatkuasaan bagi memastikan umat Islam di Malaysia kekal berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih, berpaksikan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Beliau berharap usaha bersama itu menjadi benteng kepada umat Islam daripada terjebak dengan ajaran yang menyeleweng serta memelihara keharmonian ummah dalam negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This