Menteri Agama nafi arah penutupan sekolah-sekolah pondok di Kelantan, Kedah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan mengarahkan penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah. 

Mohd Na’im berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat dan bersifat fitnah.

Tegasnya, perbuatan fitnah itu sangat tidak bermoral memandangkan ia tular tanpa menyatakan sebarang sumber yang sahih atau rasmi. 

“Tindakan menyebarkan tuduhan tidak berasas terutamanya yang melibatkan isu sensitif seperti institusi agama adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengancam keharmonian masyarakat.

​“Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi sokongan penuh kepada institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah pondok, madrasah dan tahfiz sebagai antara tunjang pembangunan Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, usaha yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa agama adalah bagi memastikan penambahbaikan sistem pendaftaran dan penarafan institusi pendidikan Islam.

Katanya, usaha itu demi menjaga kebajikan pelajar, keselamatan, kesihatan, serta kualiti pengajian agama agar lebih tersusun dan diiktiraf. 

​Beliau juga menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu atau fitnah yang boleh menjejaskan imej institusi Islam serta menimbulkan kekeliruan masyarakat. 

“Sebarang maklumat sahih berkenaan dasar atau keputusan rasmi akan disalurkan melalui saluran rasmi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM, dan agensi berkaitan.

​“Marilah kita bersama-sama memelihara maruah institusi pondok dan pendidikan Islam, serta menolak segala bentuk fitnah yang boleh memecah-belahkan umat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan digesa tangguh TURAP, bimbang monopoli baharu pengambilan pekerja asing

TUJUH Ahli Parlimen kerajaan menggesa pelaksanaan Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) ditangguhkan. Penangguhan itu sehinggalah kerajaan memberi penjelasan menyeluruh kepada...

More Articles Like This