Perak FC kecewa tindakan Teong Kim, buat siasatan dalaman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGURUSAN Perak FC menyatakan rasa kecewa dengan sikap dan tindakan ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim kepada petugas media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim baru-baru ini.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi turut memohon maaf kepada rakan-rakan media termasuk Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) atas kejadian tersebut.

Beliau berkata, Perak FC memberi jaminan amat menyokong peranan dilakukan rakan media dan memahami kekecewaan yang dialami dengan kejadian tersebut.

Pada masa sama, Abdul Azim memaklumkan satu siasatan dalaman terhadap kejadian yang telah tular itu sedang dilakukan.

“Kami amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan dan mengambil iktibar terhadap insiden yang telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial ini.

“Pihak pengurusan Perak FC ingin menegaskan bahawa siasatan dalaman terhadap kejadian yang telah tular ini sedang dilakukan mengikut dasar serta polisi syarikat dan jika perlu tindakan tatatertib akan diambil dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Provokasi penyokong Penang FC dan Perak FC, 3 lelaki ditahan bergaduh

Mengulas lanjut, Abdul Azim berkata pihak pengurusan juga mengambil perhatian bahawa emosi memuncak semasa perlawanan berintensiti tinggi.

Justeru, kata beliau, pihaknya berharap insiden itu merupakan kejadian terpencil dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

“Dalam masa yang sama, kami memohon kepada rakan-rakan media untuk terus membuat liputan untuk Perak FC seperti yang telah dilakukan selama ini,” katanya.

Sebelum ini, SAM menzahirkan kekecewaan terhadap cara Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan JDT.

Presidennya, Norismadi Abd Manap berkata, Teong Kim seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas di Eropah, namun bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan mudah yang dilontarkan penolong penerbit stesen televisyen swasta kepadanya sejurus perlawanan tamat.

Dalam pertembungan di Ipoh itu, JDT membelasah Perak 5-0 sekali gus menyaksikan anak buah Teong Kim mencatat kekalahan ketiga berturut-turut.

Kekalahan itu dilihat mempengaruhi emosi Teong Kim yang menunjukkan reaksi kurang mesra terhadap penolong penerbit bertugas semasa sesi temu bual yang disiarkan secara langsung selepas perlawanan, termasuk meminta pengamal media berkenaan melakukan penilaian serta mencari jawapan sendiri berhubung soalannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This