DESAS-desus berkenaan masa hadapan Perak FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan semakin hangat diperkatakan apabila kelab bola sepak itu dikhabarkan bakal menamatkan operasinya.
Perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan satu perkongsian di media sosial oleh penjaga gol pasukan Perak FC, Haziq Nadzli berkenaan situasi yang alami oleh kelab berkenaan.
Dalam perkongsian di Instagramnya, Haziq berkongsi kenyataan daripada sebuah portal sukan yang mendakwa pihak pengurusan Perak FC menawarkan pembayaran hanya 20 peratus daripada tunggakan gaji.
“Perak dah nak tutup! Hari ini dalam mesyuarat itu, Bos Roy yang sepatutnya hadir, tidak hadir dan hanya menghantar pengurus kewangan.
“Mereka hanya menawarkan kami 20 peratus daripada tunggakan gaji, dan selepas itu, tiada lagi bayaran. Perak dah habis, mereka cuba tutup atau jual,” memetik laporan portal berkenaan yang dikongsi Haziq.
Pada 18 April lalu, media melaporkan Perak FC mengakui sedang berdepan kemelut tunggakan gaji yang semakin meruncing.
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan yang dialami.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

