MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu MKT memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan beserta memorandum pimpinan parti daripada 191 bahagian.
“MKT merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Pusat Astronomi Antarabangsa UAE jangka 1 Syawal Jumaat 21 April
Katanya lagi, MKT mengambil maklum perasaan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi terhadap keputusan mahkamah yang dilihat tidak adil.
Malah, ujarnya, penghakiman oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan turut menyatakan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan adil dan wajar dibebas.
Dalam pada itu, Asyraf berkata, MKT UMNO pada mesyuarat kali ini turut menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

