Hidangan ala-ala chicken golden blue, resipi istimewa dari Chef Hamidon ini memang sangat sedap. Ayamnya rangup, lelehan cheese menambat selera. Menu dada ayam sumbat cheese bersalut kelapa ini, jika dihidangkan untuk anak-anak pasti dia suka. Cubalah, untuk menu berbuka hari ini. Selamat mencuba ya..

DADA AYAM SUMBAT CHEESE BERSALUT KELAPA
BAHAN
2 keping dada ayam
500 gm kelapa parut
250 gm tepung gandum
2 keping keju cheddar
80 gm bijan hitam
2 ulas bawang putih – cincang
2 tangkai cili padi – cincang
3 sudu besar sambal
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar keju
50 gm timun – potong jejari
50 gm lobak merah – sagat memanjang
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur sehingga sebati. Ketepikan.
- Sumbat ayam dengan kepingan keju dan bijan hitam, perisakan dengan serbuk pati ayam.
- Kemudian gaulkan ayam dengan tepung gandum sehingga sebati.
- Panaskan minyak, gaulkan ayam dengan bancuhan telur dan golekkan ke dalam kelapa parut. Goreng ayam sehingga masak. Balik-balikkan ayam, agar kedua-dua belah masak rata. Setelah ayam masak, angkat dan tuskan.
- SAMBAL : Satukan sambal cili, mayonis dan keju, gaul rata. Sedia dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

