Menyikat rambut terutamanya selepas mandi sudah menjadi rutin bagi setiap orang. Jika dilihat dengan mata kasar, terdapat pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz sikat.
Namun begitu, tahukah anda bahawa setiap jenis sikat ada fungsinya tersendiri. Oleh itu, kita perlu mengambil tahu fungsinya agar tidak membuat kesilapan lagi dalam memilih sikat selepas ini.
Ikuti perkongsian daripada Puan Mary tentang 6 jenis sikat yang mempunyai fungsi yang berbeza.
1. Sikat Bergigi Jarang
Meleraikan rambut yang basah.

2. Sikat Brisel Kayu
Mengurut kulit kepala, merangsang pertumbuhan rambut.

3. Sikat Brisel Campuran
Meratakan minyak semula jadi rambut, melembutkan kutikel rambut.

4. Sikat Anti-Kusut
Meleraikan kekusutan rambut dengan mudah, melawan keriting halus.

5. Sikat Ekor Tikus
Membelah dan memisahkan helaian halus rambut.

6. Sikat “Teasing”
Membentuk keriting dan alunan rambut.


